BN beri PPP 'kerusi maut' di Melaka
Malaysiakini 8:27AM Feb 21, 2012
Parti Progresif Penduduk (PPP) yang dianggap antara parti komponen BN paling lemah akan diberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana di Melaka untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurut presidennya Datuk M Kayveas (kanan), Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah bersetuju untuk menyerahkan kerusi itu yang sebelum ini diwakili parti Cina itu kepada calon partinya.
Pada pilihan raya umum 2008, kerusi DUN Kota Laksamana dimenangi DAP di mana calonnya Betty Chew menewaskan calon BN Lim Eng Teck dengan majoriti 3,642 undi.
Menurut presidennya Datuk M Kayveas (kanan), Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah bersetuju untuk menyerahkan kerusi itu yang sebelum ini diwakili parti Cina itu kepada calon partinya.Pada pilihan raya umum 2008, kerusi DUN Kota Laksamana dimenangi DAP di mana calonnya Betty Chew menewaskan calon BN Lim Eng Teck dengan majoriti 3,642 undi.
Chew adalah isteri kepada setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sebelum ini, calon MCA tidak pernah menang di DUN itu dan dipercayai BN langsung tidak mempunyai peluang merampas kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, Bernama melaporkan Kayveas menganggap keputusan memberikan ‘kerusi maut’ kepada PPP itu melambangkan perpaduan di antara parti-parti komponen BN.
BN, katanya, bersedia memberikan kerusi milik mereka kepada calon parti lain yang diyakini mampu menang di kawasan tersebut.
"Inilah strategi Barisan Nasional (BN). Perkara ini bukan macam dulu. Dulu kalau ia adalah kerusi seseorang itu, dia tidak boleh bagi orang lain.
"Kita boleh buat begitu kalau kita tidak mahu menanglah. Kalau ada parti-parti yang masih degil, hendak kerusi, ia satu kesilapan yang besar untuk parti dia sendiri," katanya kepadaBernama selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP di Melaka, semalam.
Ditanya mengenai calon yang akan diletakkan di kerusi DUN Kota Laksamana itu, Kayveas berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila sampai masa nanti.
Sekiranya, perkara itu menjadi kenyataan, ini kali pertama PPP akan bertanding buat pertama kali di Melaka.
Sebelum ini, calon MCA tidak pernah menang di DUN itu dan dipercayai BN langsung tidak mempunyai peluang merampas kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, Bernama melaporkan Kayveas menganggap keputusan memberikan ‘kerusi maut’ kepada PPP itu melambangkan perpaduan di antara parti-parti komponen BN.
BN, katanya, bersedia memberikan kerusi milik mereka kepada calon parti lain yang diyakini mampu menang di kawasan tersebut.
"Inilah strategi Barisan Nasional (BN). Perkara ini bukan macam dulu. Dulu kalau ia adalah kerusi seseorang itu, dia tidak boleh bagi orang lain."Kita boleh buat begitu kalau kita tidak mahu menanglah. Kalau ada parti-parti yang masih degil, hendak kerusi, ia satu kesilapan yang besar untuk parti dia sendiri," katanya kepadaBernama selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP di Melaka, semalam.
Ditanya mengenai calon yang akan diletakkan di kerusi DUN Kota Laksamana itu, Kayveas berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila sampai masa nanti.
Sekiranya, perkara itu menjadi kenyataan, ini kali pertama PPP akan bertanding buat pertama kali di Melaka.
卡維斯:甲哥打拉沙馬那州席 由人民進步黨上陣
中国报 20/02/2012 22:10
(吉隆坡20日訊)人民進步黨獲得馬華同意,以在來屆大選中競選馬六甲哥打拉沙馬那州議席。
人民進步黨主席拿督卡維斯指出,馬六甲州首席部長拿督斯里阿里及馬華總會長拿督斯里蔡細歷,同意把原本由馬華出征的哥打拉沙馬那州議席,交由人民進步黨派員上陣。
他說,這顯示出國陣成員黨秉持良好合作關係,成員黨也願意讓出選區,讓更具勝望的候選人上陣。
“這是國陣的策略,若成員黨仍執著于一個選區,這對該黨來說是個大錯誤。”
他今日主持人民進步黨最高理事會會議后,發表談話。
在2008年大選中,哥打拉沙馬那州議席是由民主行動黨候選人周玉清,擊敗馬華候選人李傑爾。
0 评论:
Post a Comment